Sunday, October 4, 2009

Senario Perniagaan

Pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar yang paling pesat dalam tempoh tiga tahun ini dengan peningkatan permintaan domestik dalam bidang pembuatan.

Kami ingin mengambil kesempatan ke atas kempen ”Belilah Barangan Buatan Malaysia” yang selama ini dilaungkan oleh kerajaan. Rakyat digalakkan membeli barangan buatan Malaysia dalam usaha mengatasi kesan kejatuhan nilai ringgit di samping mengurangkan bahan import. Ini merupakan peluang yang baik bagi syarikat kami.

Kami akan memberikan maklumat lengkap tentang produk kami bagi memudahkan pelanggan mengenalpasti bahawa produk kami adalah buatan tempatan dan disenaraikan sebagai produk domestik oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (Miti).