Terlebih dahulu, kami mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, kumpulan kami dapat menyiapkan segala tugasan yang telah diamanahkan kepada kami dengan jayanya.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh pensyarah kami, PN BAHIJAH BT ABAS di atas segala panduan dan tunjuk ajar kerana tanpa panduan dan tunjuk ajar beliau, kami yakin tugasan ini tidak dapat disempurnakan sebagaimana yang dikehendaki dan dalam tempuh yang telah ditetapkan. Walaupun pada peringkat awal pihak kami menghadapi masaalah untuk membuat rancangan perniagaan (RP) ini tetapi kini alhamdulillah, ianya dapat di atasi dengan usaha yang keras dan komitmen yang jitu dari kumpulan kami.
Terima kasih juga kepada salah sebuah perniagaan francais yang sudi memberikan sedikit maklumat mereka berkaitan dengan perniagaan yang telah diuruskan oleh mereka untuk kami aplikasikan dalam menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan kepada kami untuk menyiapkannya dengan lebih tepat, padat serta berprestij agar kerja kursus ini lebih bermakna buat kumpulan kami.
Akhir kata kami berharap segala tugasan yang diberikan kepada kami ini menepati segala kehendak yang diinginkan oleh puan pensyarah kami. Mudah-mudahan ianya dapat dimanfaatkan oleh kita semua, insyaallah.
Sekian.
Noor Asmah binti Shariff Joseph Chung Nguk San Norhisham b. Oyob Norita binti Yunan Ahmad b. Senin Khalid b. Mohd Ho Joo Yap