Sunday, October 4, 2009

Pengenalan

Syarikat kami, SINARAN INOVATIF ENTERPRISE merancang pelaksanaan projek baru merekabentuk dan memasarkan Kotak Pensil Serbaguna dan membekal serta memasarkan barangan tersebut khususnya di sekolah-sekolah di Malaysia.

Perniagaan kami berfokus kepada bidang pembuatan iaitu mengeluarkan produk-produk yang berkualiti dan inovatif seperti kotak pensil serbaguna. Walaupun terdapat ramai pengusaha lain yang mengeluarkan kotak pensil, tetapi kotak pensil keluaran kami mempunyai kelainan dan mempunyai nilai tambah serta berpotensi memberi saingan hebat kepada pengusaha-pengusaha lain.

Kelebihan syarikat kami adalah mempunyai kakitangan dari kalangan mereka yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang pembuatan serta pemasaran. Pengalaman yang mereka perolehi dari beberapa syarikat sebelum ini adalah satu kelebihan bagi syarikat ini.