Sunday, October 4, 2009

Latar Belakang Industri dan Tren Perniagaan

Sinaran Inovasi adalah sebuah syarikat yang menceburi bidang industri pembuatan. Produk dari syarikat kami adalah hasil inovasi dari kotak pensil biasa yang telah dinaik taraf dengan lampu yang akan bersinar bila suisnya disentuh untuk tujuan keselamatan serta pelbagai guna.

Pada dasarnya syarikat kami merupakan syarikat yang diiktiraf dan telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Buat masa ini kami kekurangan peralatan yang lengkap dalam mengeluarkan produk kami dalam jumlah yang banyak bagi memenuhi permintaaan pasaran yang mendadak.

Melihatkan suasana perniagaan masa kini sering berubah-ubah seiring dengan pembangunan industri secara global, perniagaan secara on-line akan mengambil alih perniagaan secara off-line. Manakala era digital akan mengganti era analog dan perniagaan berbentuk ‘orang tengah’ akan terhapus.

Konsortium pula akan mengambil alih perniagaan bersaiz kecil seperti program vendor, perniagaan francais, konsep payung/panel dan penggabungan syarikat. Outsourcing/membeli atau mengupah dari orang lain pula adalah difikirkan lebih ekonomi, berkualiti, tempoh siap yang cepat, mudah, lebih khusus.

Memandangkan Persaingan Antarabangsa berlaku di negara sendiri yang mengakibatkan lambakan produk murah dari seberang laut, serta kehadiran pesaing dari luar negara bertapak di negara sendiri, kami mengambil langkah membuka syarikat ini dengan mengeluarkan produk yang berkualiti dan berinovasi yang berpotensi memberi saingan kepada pesaing-pesaing dari luar mahupun tempatan.